KAMBING KELANTAN

Saturday, February 27, 2010

JENIS-JENIS KAMBING

Terdapat pelbagai jenis kambing yang mungkin anda pernah atau tidak pernah dengar dan lihat sebelum ini. Kami berbesar hati inin berkongsi pengetahuan tenang pelbagai jenis kambing yang terdapat di Malaysia dan di luar negara bersama anda. Selamat Membaca!


1) KAMBING TOGGENBURG


Negara Asal – Toggenberg Valley, Switzerland.Baka susu yang tertua. Terkenal dengan pembentukan umbing susu yang terbaik. (Ujian purata lemak 3.7)
Bersaiz sederhana, tegap, bertenaga, sentiasa“alert”. Kecil dari baka Alpine.
Berbulu pendek atau sederhana panjang, lembut, halus & rata.Berbagai warna dari “light Fawn” ke perang gelap dengan tanda putih yang ketara. Telinga berwarna putih dengan tompokan gelap di bahagian tengah, dua jaluran putih di muka hingga ke muncung
Kaki belakang berwarna putih dari pergelangan kaki hingga ke tapak sama seperti kaki depan. Prestasi baik di tempat sejuk.Berat jantan – sekurang-kurangnya 50kg, betina - 45kg

2) KAMBING KATJANG


Kambing Katjang telah dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia.

Kambing ini merupakan baka asas yang perlu dipertingkatkan. Walaupun ianya kecil dan pendek, kambing Kacang amat tahan lasak Mengikut kajian Jabatan Perkhidmatan Haiwan, hanya 40% kambing tempatan yang dilihat dikampung-kampung merupakan kambing Kacang (asli) , selebihnya adalah kambing kacukan dengan pelbagai baka yang telah dibawa masuk ke Malaysia.

Selain dari saiz badannya, ia mempunyai tanduk yang melentur ke atas dan kebelakang. Telinganya tegak kesisi dan janggut terdapat pada kambing jantan dan jarang pada kambing betina. Dari pandangan sisi, mukanya kelihatan lurus dan tirus. Lehernya pendek dan bahagian belakang lebih tinggi dari bahu. Kulit badannya nipis tetapi berbulu kasar.

Warna bulu biasanya hitam, coklat dan kadangkala terdapat tompok-tompok putih dikaki atau badan.Purata ketinggian 55-60 cm. Kadar kelahiran kembar adalah baik dan pengeluaran susu adalah sedikit ia itu 0.3 kg/hari (3 bulan pertama) dan 0.2 kg/hari (4-6 bulan). Berat lahir ialah 1.6 kg (Jantan) dan 1.8 kg (Betina) manakala berat dewasa , 25-30 kg (Jantan) dan 20-25 kg (Betina).


3) KAMBING ANGLO NUBIAN

Baka Anglo Nubian mempunyai sifat-sifat baka Zariby (Nubian) dari Mesir dan juga baka Jamnapari dari India. Kambing ini disifatkan sebagai tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Selain dari pengeluaran daging, baka ini juga boleh digunakan untuk pengeluaran susu (dwiguna). Kambing jenis ini berbadan besar dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah. Hidung kambing jenis ini melengkung ke bawah dan mempunyai kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 s.m. Kebiasaannya kambing Anglo Nubian tidak mempunyai tanduk tetapi mempunyai bulu badan yang pendek. Warna bulu ialah cokla t kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.


4) KAMBING SAANEN

Saanen berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Ia merupakan baka kambing tenusu yang popular. Secara am nya ia sejenis haiwan yang tenang , tidak mudah teruja (placid nature).

Kulitnya berwarna tan atau olive dan diliputi bulu p utih atau krim yang halus & pendek (short fine white coat).Tompok hitam mungkin terdapat dikulit telinga, hidung dan labu susu. Hidungnya lurus dan muka berbentu k segitiga. Telinganya sederhana dan tegak kesebelah dan kedepan. Tanduk didapati pada jantan dan betina dengan kekacang dileher. Ekornya tipis dan pendek dan mempunyai kaki lurus dan kuat.
Berat lahir adalah 3.0 kg (Jantan) dan 3.3 kg (Betina) sementara berat dewasa 68-91 kg (Jantan) dan 36-63 (Betina). Tinggi yang ideal untuk Doe adalah 81 sm dengan berat lebih kurang 61 kg, manakala Buck, 94 sm dan berat 81 kg. Pengeluaran susu dibawah pengurusan yang baik di Malaysia boleh mencapai lebih 3 kg/hari (Purata 2 – hampir 5kg/hari) atau pun 500 kg – 1200 kg untuk tempoh laktasi 250 hari (purata 800 kg). Kandungan butterfat susu 3-4%.

5) KAMBING BOER

Kambing Boer telah dimajukan di Afrika Selatan sebagai baka untuk daging. Perkataan "Boer" dirujuk kepada keturunan dari pendatang Belanda yang ramai daripadanya adalah peladang yang terus menetap di negara itu. Oleh itu "Boer" sebenarnya bemaksud "Kambing peladang". Oleh kerana penternakan baka yang terpilih secara mendalam yang diamalkan oleh penternak Afrika Selatan selama lebih dari 50 tahun yang lalu, baka Boer ini dianggap sebagai baka yang terbaik dari segi penghasilan dagingnya. Baka ini dikenali dengan kadar penambahan berat yang cepat, otot yang besar dan kadar peranakan yang tinggi. Boer selalunya melahirkan anak kembar.

6) KAMBING JAMNAPARI


- Pembiakannya berkembang dengan pantas dan efisien iaitu 2 kali setahun dengan purata 2 ekor anak setiapkali kelahiran malah berupaya melahirkan sehingga 4 ekor anak dalam satu masa.

- Matang ketika berumur 6 bulan dan pada usia 10 bulan sudah boleh mengawan.

- Saiznya besar dan berat. Berat dewasa puratanya adalah 36 – 65 kg seekor dan boleh mencapai sehingga ke tahap 100 kg keatas.

- Boleh di jual sewaktu umur 6 bulan (berat 20kg) samada untuk pembakaan atau penyembelihan.

- Pertumbuhan berat badan adalah tinggi iaitu antara 4 hingga 6 kg sebulan.

- Kadar kematian rendah = anak < 7% dan dewasa < 3% setahun.

- Sesuai di pelihara samaada dengan sistem lepas mahupun sistem feedlot.

- Anak kambing boleh di asingkan daripada ibu kambing 2 – 3 bulan selepas di lahirkan. Pengasingan ini merangsang anak kambing untuk makan makanan kental serta membolehkan anak kambing cepat membesar. Di samping itu juga, dengan pengasingan ini, ibu ibu kambing akan memulakan kitaran haid dan seterusnya mempercepatkan proses pengeluaran ovum yang merangsang ibu kambing mengawan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails